+ Latarbelakang SK Sultan Idris II, FELDA Ijok, Selama Perak

Sk Sultan Idris ini terletak lebih kurang 22 kilometer daripada pekan Selama Perak dan berada dalam kawasan perkampungan FELDA. Murid  - muridnya hanya berbangsa Melayu. Jumlah keseluruhan murid di sekolah ini ialah 286 orang manakala jumlah guru pula ialah sebanyak 33 orang.


Bangunan utama SK Sultan Idris II


Sekolah yang menjadi kebanggaan saya

Kebanyakan ahli keluarga murid di sekolah ini bekerja sebagai peneroka FELDA. Penduduk di FELDA ini dikatogarikan mengikut peringkat. Sumber pendapatan ibu bapa murid di sekolah ini adalah melalui hasil kelapa sawit yang dituai mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak FELDA.


Jalan menuju ke bangunan utama


Makmal komputer

SK Sultan Idris II ini bolehlah dikatogarikan sebagai sebuah sekolah pedalaman. Namun demikian sekolah ini mempunyai kemudahan asas yang mencukupi untuk segala aktiviti murid. Di sini terdapat makmal komputer, padang bola sepak, padang hoki, gelanggang bola jaring, bola tampar dan lain - lain. 


Prasekolah - di sini bermula ilmu untuk warga FELDA Ijok.


Pondok bacaan berhampiran pusat sumber


Pusat sumber sekolah

Pada masa ini, terdapat sepuluh kelas iaitu :

Tahun 1            1 kelas
Tahun 2            1 kelas 
Tahun 3            2 kelas
Tahun 4            2 kelas
Tahun 5            2 kelas
Tahun 6            2 kelas



Taman permainan prasekolah


Pondok bacaan


Padang bola

Pencapaian murid sekolah ini bolehlah dibanggakan kerana dalam bidang akademik, keputusan UPSR sekolah ini tidaklah terlalu merosot, manakala dalam bidang sukan pula, juga boleh dibanggakan kerana terdapat beberapa orang murid sekolah ini telah mewakili negeri dan pernah suatu ketika terdapat murid yang mewakili kebangsaan.


3 ulasan:

  1. Sekolah saya nie..1981-1986. dah byk perubahan ye..semoga bertambah maju..tahniah.

    BalasPadam
  2. Sekolah saya juga 82-87. Berbangga jadi warga SKSI2.

    BalasPadam
  3. Penapis Air alkali BioUltra / BioUltra water Filter Alkaline

    Pelbagai Produk Dispenser Water Filter & Master Filter (OutDoor) – Jimat Tenaga

    • Alkaline WaterFilter – 6 Filters – RM599
    • 2 Suhu Panas & Sejuk (TableTop & Stand - RM899 – 1498)
    • 3 Suhu Panas, Normal & Sejuk (TableTop & Stand - RM1299-RM1499)
    • Gold Master Filter– 7 Layer (Fiber - Outdoor) RM799
    • Titanium Master Filter – 9 Layer (Fiber - Outdoor) RM999

    Producing High Qualiti alkaline water ph 7-9
    ‘Siap Pasang Baru Bayar’
    Harga Termurah di pasaran drpd segi kualiti, brand, rekabentuk dan harga
    Warranty 12 – 18 Bulan
    Filter import dari Korea (ada sijil halal)
    Pemasangan terus ke kediaman @ Pejabat anda

    Hubungi – Whatapps/ Call / SMS: 017 8895 990 - Farid
    http://penapis-air-bioultra.blogspot.my/

    BalasPadam