Sabtu, 24 November 2012

Sekitar Merdeka 2012

Pada tahun ini genaplah 55 tahun negara kita merdeka. Sempena kemerdekaan tersebut, SK Sultan Idris II telah mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah pada 30 Ogos 2012 iaitu pada hari Jumaat. Aktiviti ini dirasmikan oleh guru besar SK Sultan Idris II sendiri iaitu En. Othman b. Yahaya. Program dimulakan dengan membaca perutusan terlebih dahulu yang disampaikan oleh guru penolong Kanan  
Pentadbiran iaitu En. Sudirman b. Abdul Ghani.


Selepas perutusan tersebut, guru - guru bersama murid - murid telah menyanyikan tiga buah lagu wajib iaitu Negaraku, Negeri Perak dan Lagu Sekolah. Selepas nyanyian itu, semua murid dikehendaki mengibarkan bendera Malaysia sambil diperdengarkan lagu Jalur Gemilang.


Acara seterusnya ialah aktiviti senamrobik untuk guru - guru dan murid- murid tahap 1 dan tahap 2 termasuklah murid kelas pendidikan khas dan prasekolah. Acara ini dikendalikan oleh En. Shahrul Azwan b. Amir Hamzah, salah seorang guru Pendidikan Jasmani serta dibantu oleh dua orang guru ROS ( rancangan orientasi sekolah ). Murid - murid amat tertarik dengan acara yang dijalankan  ini .



Tepat pukul 10.10 pagi, semua murid dibenarkan ke kantin untuk menikmati juadah yang disediakan. Selepas mereka makan dan berehat, murid - murid dikehendaki masuk ke kelas masing - masing. Bagi murid - murid tahap satu mereka dikehendaki mewarna lukisan barkaitan hari kemerdekaan manakala murid - murid tahap 2 pula dikehendaki melukis satu poster berkaitan hari kemerdekaan juga.


Aktiviti tersebut dapat menarik minat murid - murid SK Sultan Idris II ini. Pada hari itu mereka sangat gembira dengan aktiviti yang dijalankan. Masing - masing menunjukkan kebolehan masing - masing dalam mewarna dan melukis poster tersebut lebih - lebih lagi murid - murid tahap 1.


Guru - guru pula memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid - murid bagaimana mewarna dan melukis poster dengan baik. Di samping itu juga guru - guru tetap menjaga disiplin murid sepanjang aktiviti dujalankan. Ini bagi mengelakkan berlaku sesuatu diluar jangkaan seperti murid tercedera akibat gurauan melampau di kalangan mereka sepanjang aktiviti itu.


Aktiviti sambutan kemerdekaan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara murid - murid dan guru - guru SK Sultan Idris II. Pihak pentadbir sekolah juga sentiasa menggalakkan serta berusaha membina hubungan yang erat di antara guru - guru dan murid - murid serta penjaga mereka.



Khamis, 22 November 2012

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Tayammum Satu Pengajaran Makro


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
   
Tarikh /  hari    : Rabu ( 24.10.2012 )                                      Masa               : 7.40 – 8.10 pagi

Kelas               : 5 Bijak                                                             Bil.Pelajar       : 20 orang

M/ Pel              : Pendidikan Islam

Tajuk               : Tayammum

Objektif           : 1) Mengetahui maksud Tayammum
                          2) Menyatakan rukun Tayammum
                          3) Melaksanakan amali Tayammum

Pengetahuan sedia ada          : Murid pernah mendengar atau menyaksikan ibu bapa atau
                                                     sesiapa sahaja menyapu debu pada muka dan tangan.

Konsep                                      : Ibadat

Bahan   bantu                            : Buku teks, carta, lembaran kerja, gambar, tepung dan talam /         
                                                      bekas dan papan hitam.
                                 
Nilai                                            : Kerjasama ,

Kemahiran                                 : Mendengar, bertutur, mengingat, memerhati


Langkah Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti murid

1

Permulaan
( 1 minit )

Guru memberi salam

Murid menjawab salam guru


Murid berdiri

2

Set induksi
( 3 minit )


Guru menunjukkan
gambar salah Satu anggota wudhu


Murid menjawab
soalan guru

-Interaksi 2 hala
-gambar

3



Langkah 1
Maksud
Tayammum
( 5 minit )

Guru menerangkan
maksud tayammum

-Murid mendengar
 penerangan guru
-Murid membaca
 pengertian /
 maksud
-Guru meminta
 beberapa orang
 murid menyusun
 perkataan bagi
 melengkapkan
 maksud
 tayammum


-Penggunaan
 carta
-Kad imbas



4

Langkah 2
Rukun – rukun
Tayammum
( 7 minit )

-Guru menunjukkan
 carta mengenai
 rukun – rukun
 tayammum
-Guru membimbing
 murid membaca


-Murid membaca
 rukun – rukun
 tayammum
-Murid cuba
 menghafaz
-Murid menjawab    
 soalan yang
 diberikan


-Lembaran
  kerja


5

Langkah
Amali melaksanakan
Tayammum
( 10 minit )

-Guru menerang-
  kan cara untuk  
  melaksanakan
  tayammum  demi 
  langkah                 
-Guru meminta
  Murid cuba
  melaksanakan
  tayammum

-Murid mendengar
 penerangan guru
 dengan teliti
-Murid melaksana-
 kan arahan guru

-Simulasi
  tayammum


6


Penutup
( 4 minit )

-Kognitif
 Isi pelajaran

-Sosial
 Menggalakkan
 murid untuk terus
 istiqamah dalam
 menunaikan solat
 walaupun tiada
 air atau sedang
 sakit





Guru bersoal jawab


Menasihati murid




Murid menjawab


Mendengar
nasihat



Refleksi :
Secara keseluruhannya pelajaran pada hari ini dapat dikuasai oleh sebahagian murid tetapi masih belum menguasai sepenuhnya cara melaksanakan tayammum.

Gambar sekitar taklimat KSSR peringkat sekolah


Para guru tekun mendengar taklimat yang disampaikan


Taklimat pengenalan daripada PK 1 En. Sudirman b. Abdul Ghani


Guru melihat paparan mengenai pengisi band murid data SPPBS


Sesi soal jawab


Terus mendengar walaupun terdapat kesukaran memahaminya

Rabu, 21 November 2012

Bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah

(1) HAFAZAN
    Murid - murid dikehendaki menghafaz surah - surah pilihan yang
    ditetapkan oleh KPM.

(2) TILAWAH
    Bacaan beberapa surah pilihan yang telah ditetapkan mengikut
    tahun ( 1- 6 ).

(3) ULUM SYARIYYAH
    - Aqidah
      Membahaskan isu - isu aqidah seperti sifat - sifat Allah, nabi dan rasul,
      alam akhirat, dosa pahala dan sebagainya.
    - Ibadah
      Bahagian ini membincangkan pengenalan ibadat wajib bagi umat
      Islam seperti ibadat solat, puasa, zakat dan sebagainya.
    - Sirah
      Bahagian ini pula membincangkan sejarah awal Kerasulan Nabi
      Muhammad s.a.w serta kejayaan agama Islam menjadi agama
      terunggul selepas tertubuhnya negara Madinah.

(4) AKHLAK
     Membahaskan adab - adab dalam kehidupan seharian termasuk
     adab dengan orang tua, rakan - rakan, guru - guru dan lain - lain
     lagi.
   
(5) JAWI
      Pengenalan asas penulisan  jawi, kata pinjaman, membina ayat,
      golongan kata, peribahasa, bentuk penulisan dan lain - lain lagi.


Sabtu, 17 November 2012

Sejarah Pekan Selama Perak - Pengetahuan Am


Terdapat banyak versi kemunculan pekan Selama, Perak. Selama, menurut sejarah, asalnya adalah sebuah perkampungan melayu lama. Kampung tersebut dahulunya dikenali sebagai Kampung Selama. Kampung Selama pula dahulunya dikenali sebagai Kampung Selamat, kampung ini dibuka oleh En. Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22 Januari 1870M bersamaan 14 Muharram 1290H. Beliau merupakan salah seorang pekerja di bawah Long Jaafar yang terkenal sabagai salah seorang pembesar Larut. Setelah Long Jaafar meniggal dunia, Abdul Karim terus bekerja di bawah pemerintahan anak Long Jaafar iaitu Ngah Ibrahim. Pada masa itu beliau telah menjawat jawatan sebagai kerani. Beliau telah meminta izin daripada Ngah Ibrahim untuk membuka sebuah perkampungan di utara negeri Perak dan hajatnya itu telah diperkenankan. Beliau telah memudiki sungai Kerian dan singgah di suatu tempat bernama Tanjong Medan. Tempat tersebut kini dikenali sebagai Kampung Medan. Kemudian beliau dan pengikutnya berpindah ke tempat lain tidak jauh dari situ. Tempat tersebut bernama Kampung Selamat. Beliau telah menukar nama Kampung Selamat menjadi Kampung Selama. Beliau telah menjadi pemerintah bagi Kampung Selama tersebut. Selama juga mempunyai hasil bijih timah. En . Abdul Karim telah mengupah orang Cina dan orang Rawa untuk menjalankan aktiviti melombong bijih timah. Setelah hasil bijih timah merosot, akhirnya En. Abdul Karim menyerahkan pemerintahan beliau kepada Inggeris. Beliau meninggal dunia pada tahun 1892 dan makamnya terdapat di Masjid Abdul Karim berhampiran pekan Selama sekarang.