Rabu, 21 November 2012

Bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah

(1) HAFAZAN
    Murid - murid dikehendaki menghafaz surah - surah pilihan yang
    ditetapkan oleh KPM.

(2) TILAWAH
    Bacaan beberapa surah pilihan yang telah ditetapkan mengikut
    tahun ( 1- 6 ).

(3) ULUM SYARIYYAH
    - Aqidah
      Membahaskan isu - isu aqidah seperti sifat - sifat Allah, nabi dan rasul,
      alam akhirat, dosa pahala dan sebagainya.
    - Ibadah
      Bahagian ini membincangkan pengenalan ibadat wajib bagi umat
      Islam seperti ibadat solat, puasa, zakat dan sebagainya.
    - Sirah
      Bahagian ini pula membincangkan sejarah awal Kerasulan Nabi
      Muhammad s.a.w serta kejayaan agama Islam menjadi agama
      terunggul selepas tertubuhnya negara Madinah.

(4) AKHLAK
     Membahaskan adab - adab dalam kehidupan seharian termasuk
     adab dengan orang tua, rakan - rakan, guru - guru dan lain - lain
     lagi.
   
(5) JAWI
      Pengenalan asas penulisan  jawi, kata pinjaman, membina ayat,
      golongan kata, peribahasa, bentuk penulisan dan lain - lain lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan