Terdapat banyak versi kemunculan pekan
Selama, Perak. Selama, menurut sejarah, asalnya adalah sebuah perkampungan
melayu lama. Kampung tersebut dahulunya dikenali sebagai Kampung Selama.
Kampung Selama pula dahulunya dikenali sebagai Kampung Selamat, kampung ini
dibuka oleh En. Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22 Januari 1870M bersamaan
14 Muharram 1290H. Beliau merupakan salah seorang pekerja di bawah Long Jaafar
yang terkenal sabagai salah seorang pembesar Larut. Setelah Long Jaafar
meniggal dunia, Abdul Karim terus bekerja di bawah pemerintahan anak Long
Jaafar iaitu Ngah Ibrahim. Pada masa itu beliau telah menjawat jawatan sebagai
kerani. Beliau telah meminta izin daripada Ngah Ibrahim untuk membuka sebuah
perkampungan di utara negeri Perak dan hajatnya itu telah diperkenankan. Beliau
telah memudiki sungai Kerian dan singgah di suatu tempat bernama Tanjong Medan.
Tempat tersebut kini dikenali sebagai Kampung Medan. Kemudian beliau dan
pengikutnya berpindah ke tempat lain tidak jauh dari situ. Tempat tersebut
bernama Kampung Selamat. Beliau telah menukar nama Kampung Selamat menjadi
Kampung Selama. Beliau telah menjadi pemerintah bagi Kampung Selama tersebut. Selama
juga mempunyai hasil bijih timah. En . Abdul Karim telah mengupah orang Cina
dan orang Rawa untuk menjalankan aktiviti melombong bijih timah. Setelah hasil
bijih timah merosot, akhirnya En. Abdul Karim menyerahkan pemerintahan beliau
kepada Inggeris. Beliau meninggal dunia pada tahun 1892 dan makamnya terdapat
di Masjid Abdul Karim berhampiran pekan Selama sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan