Pada tahun ini genaplah 55 tahun negara kita merdeka. Sempena kemerdekaan tersebut, SK Sultan Idris II telah mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah pada 30 Ogos 2012 iaitu pada hari Jumaat. Aktiviti ini dirasmikan oleh guru besar SK Sultan Idris II sendiri iaitu En. Othman b. Yahaya. Program dimulakan dengan membaca perutusan terlebih dahulu yang disampaikan oleh guru penolong Kanan
Pentadbiran iaitu En. Sudirman b. Abdul Ghani.
Selepas perutusan tersebut, guru - guru bersama murid - murid telah menyanyikan tiga buah lagu wajib iaitu Negaraku, Negeri Perak dan Lagu Sekolah. Selepas nyanyian itu, semua murid dikehendaki mengibarkan bendera Malaysia sambil diperdengarkan lagu Jalur Gemilang.
Acara seterusnya ialah aktiviti senamrobik untuk guru - guru dan murid- murid tahap 1 dan tahap 2 termasuklah murid kelas pendidikan khas dan prasekolah. Acara ini dikendalikan oleh En. Shahrul Azwan b. Amir Hamzah, salah seorang guru Pendidikan Jasmani serta dibantu oleh dua orang guru ROS ( rancangan orientasi sekolah ). Murid - murid amat tertarik dengan acara yang dijalankan ini .
Tepat pukul 10.10 pagi, semua murid dibenarkan ke kantin untuk menikmati juadah yang disediakan. Selepas mereka makan dan berehat, murid - murid dikehendaki masuk ke kelas masing - masing. Bagi murid - murid tahap satu mereka dikehendaki mewarna lukisan barkaitan hari kemerdekaan manakala murid - murid tahap 2 pula dikehendaki melukis satu poster berkaitan hari kemerdekaan juga.
Aktiviti tersebut dapat menarik minat murid - murid SK Sultan Idris II ini. Pada hari itu mereka sangat gembira dengan aktiviti yang dijalankan. Masing - masing menunjukkan kebolehan masing - masing dalam mewarna dan melukis poster tersebut lebih - lebih lagi murid - murid tahap 1.
Guru - guru pula memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid - murid bagaimana mewarna dan melukis poster dengan baik. Di samping itu juga guru - guru tetap menjaga disiplin murid sepanjang aktiviti dujalankan. Ini bagi mengelakkan berlaku sesuatu diluar jangkaan seperti murid tercedera akibat gurauan melampau di kalangan mereka sepanjang aktiviti itu.
Aktiviti sambutan kemerdekaan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara murid - murid dan guru - guru SK Sultan Idris II. Pihak pentadbir sekolah juga sentiasa menggalakkan serta berusaha membina hubungan yang erat di antara guru - guru dan murid - murid serta penjaga mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan